Seksyen 2
Menteri mengecualikan semua pelancong yang merupakan warganegara
of Perintah Pasport (Visa Kepada Pelancong Daripada Republik Rakyat China) (Pengecualian) (No. 2) 2016
Republik Rakyat China daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
pelancong hendaklah, melalui Sistem Pendaftaran dan Maklumat
Perjalanan Elektronik, mendaftar sendiri atau didaftarkan oleh agensi pelancongan di Republik Rakyat China yang berdaftar dengan Pejabat
Perwakilan Malaysia di Republik Rakyat China;
(b)
tempoh Pas Lawatan Sosial hanya terhad kepada lima belas hari sahaja bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;
3
(c)
masuk dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk yang berikut:
(i)
melalui udara—
(A)
U21A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
Sepang;
(B)
U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau
Pinang;
(C)
U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;
(D)
U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama,
Sarawak;
(E)
U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah;
(F)
U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,
Kedah;
(G)
U14 Lapangan Terbang Melaka, Batu Berendam, Melaka;
atau
(H)
U16 Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan; atau
(ii)
melalui darat—
(A)
D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor; atau
(B)
D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang, Johor;
4
(d)
pelancong tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N 228/1963];
(e)
pelancong hendaklah menaiki penerbangan terus dari Republik Rakyat
China ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui Singapura dan mempunyai tiket penerbangan balik; dan
(f)
pelancong hendaklah mengemukakan bukti wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad ATM dengan logo UnionPay dan jadual perjalanan semasa ketibaan.
Dibuat 14 Disember 2016
[KDN(S):IM 03/208/4 Jld 3; PN(PU2)482]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
5
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (VISA TO TOURIST FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA)
(EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2016