Seksyen 3
Pengecualian
of Perintah Pasport (Visa Kepada Warganegara Republik Sudan) (Pengecualian) 2017
Menteri mengecualikan semua warganegara Republik Sudan yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah daripada keperluan visa yang dikehendaki di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
tempoh Pas Lawatan Sosial yang diberikan kepada warganegara Republik
Sudan hanya terhad kepada sembilan puluh hari bagi setiap kemasukan tanpa apa-apa pelanjutan tempoh;
(b)
warganegara Republik Sudan hendaklah masuk dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]; dan
P.U. (A) 43 3
(c)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Imigresen.
Dibuat 24 Januari 2017
[KDN(S): IM 03/426/1/134; PN(PU2)482]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 43 4
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (VISA TO THE CITIZEN OF THE REPUBLIC OF SUDAN)
(EXEMPTION) ORDER 2017