Skip to content

Seksyen 2

Pengecualian levi

of Perintah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pengecualian Levi) 2020

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2
(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), mana-mana majikan yang mendaftar dengan Perbadanan dikecualikan sepenuhnya daripada membayar apa-apa levi yang dinyatakan dalam seksyen 14 dan 15 Akta berkenaan dengan setiap pekerjanya akibat pandemik Coronavirus Disease 2019 (Covid-19).

(2)

Pengecualian levi di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh enam bulan bermula dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

Dibuat 30 Mac 2020

[KSM/PUU/(S)600-1/2/16/1 Jld. 3 (18); PN(PU2)616/IV]

Datuk Seri M. Saravanan

Menteri Sumber Manusia

868

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD ACT 2001

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Exemption of Levy)

Order 2020