Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PINDAAN JADUAL PERTAMA DAN KEDUA) 2021

Seksyen 2

Pindaan Jadual Pertama

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang disebut “Akta ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam Jadual Pertama dalam Bahagian I—

(a)

dengan menggantikan perenggan 25 dengan perenggan yang berikut:

“25.

Aktiviti pengendalian suatu pasaran diiktiraf yang dijalankan oleh pengendali pasaran diiktiraf yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan 25 perenggan yang berikut:

“26.

(1)

Aktiviti yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

2007 yang berhubungan dengan satu atau lebih daripada yang berikut:

P.U. (A) 493 3

(a)

menyediakan simpanan selamat, penstoran, pemegangan atau penjagaan mata wang digital atau token digital bagi akaun orang lain; atau

(b)

menyediakan khidmat perantaraan dan nasihat yang berhubungan dengan tawaran atau penjualan mata wang digital atau token digital.

(2)

Bagi maksud perenggan ini, “mata wang digital” dan

“token digital” merujuk kepada mata wang digital dan token digital yang ditetapkan sebagai sekuriti di bawah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan

Token Digital) 2019 [P.U. (A) 12/2019].”.

Pindaan Jadual Kedua