Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“aset” ertinya komoditi atau apa-apa harta lain, sama ada ketara atau tidak ketara, yang diiktiraf oleh Shariah sebagai yang bernilai, boleh dikenal pasti, boleh diserahkan, dan yang sudah sedia wujud dan dimiliki oleh penjual;
“Murabahah bercagar” ertinya transaksi patuh Shariah yang terdiri daripada—
(a)
jual beli aset oleh penjual kepada pembeli atas terma pembayaran tertunda apabila kos perolehan dan keuntungan dizahirkan kepada pembeli sebelum atau semasa transaksi jual beli itu dibuat; dan
(b)
apa-apa perjanjian atau perkiraan yang berfungsi sebagai cagaran kewangan untuk menjamin kewajipan pembayaran yang berbangkit daripada transaksi jual beli aset di bawah perenggan (a);
P.U. (A) 374 3
“transaksi patuh Shariah” ertinya suatu transaksi yang mematuhi apa-apa keputusan Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51
Akta
Bank
Negara
Malaysia 2009
[Akta 701]
atau apa-apa keputusan
Majlis
Penasihat
Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 31ZI
Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498].