Seksyen 3
Pengecualian daripada pendaftaran peranti perubatan
of Perintah Peranti Perubatan (Pengecualian) 2016
P.U. (A)In forceProvision 4 of 6
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan apa-apa peranti perubatan daripada seksyen 5
Akta jika peranti perubatan tersebut adalah—
(a)
bagi tujuan kegunaan peribadi;
(b)
bagi tujuan demonstrasi pemasaran;
(c)
bagi tujuan pendidikan;
(d)
bagi tujuan penyelidikan klinikal atau untuk penilaian prestasi peranti perubatan;
(e)
peranti perubatan yang dibuat khas; atau
(f)
peranti perubatan akses khas.
(2)
Seseorang yang mengimport atau mengilang apa-apa peranti perubatan di bawah subperenggan (1)(b), (c), (d), (e) atau (f) hendaklah memaklumkan
Pihak Berkuasa secara bertulis mengenai pengecualian tersebut.