Skip to content

Seksyen 7

Kontrak sedia ada

of Perintah Perbadanan Perladangan Felda Chuping (Penggulungan dan Pembubaran) 2011

P.U. (A)In forceProvision 7 of 9
Seksyen 7

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah perintah 5 hendaklah tidak terjejas oleh Perintah ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Lembaga telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.