Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam (Pengecualian Fi Pendaftaran) 2014.
Pemakaian
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Perintah Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Pengecualian Fi Pendaftaran) 2014 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 124 2014, currently marked in force and first recorded in 2014.
P.U. (A) 124
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
PERINTAH PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI
SPESIES TERANCAM (PENGECUALIAN FI
PENDAFTARAN) 2014
INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES
(EXEMPTION OF REGISTRATION FEES) ORDER 2014
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 124 2
AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
PERINTAH PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM
(PENGECUALIAN FI PENDAFTARAN) 2014
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam (Pengecualian Fi Pendaftaran) 2014.
Pemakaian
Perintah ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengecualian
Mana-mana orang, syarikat atau pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti sebagai penanam atau pengusaha tanaman pokok Karas (Aquilaria spp.) di Semenanjung
Malaysia, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dikecualikan daripada fi pendaftaran yang dikehendaki di bawah peraturan 3
Peraturan-Peraturan
Perdagangan
Antarabangsa mengenai
Spesies
Terancam
(Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) 2009 [P.U. (A) 459/2009] sehingga hasil tanaman daripada aktiviti itu boleh dikomersialkan.
Syarat pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 3 terpakai hanya bagi penanam atau pengusaha tanaman pokok Karas (Aquilaria spp.) dengan jumlah dirian pokok bersamaan dengan atau kurang daripada 2,000 batang pokok atau dengan luas kawasan tanaman bersamaan dengan atau kurang daripada 2 hektar.
P.U. (A) 124 3
Dibuat 27 Mac 2014
[NRE 44/4/1/08; PN(PU2)672/II]
DATUK SERI PALANIVEL A/L GOVINDASAMY
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
P.U. (A) 124 4
INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES ACT 2008
INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES
(EXEMPTION OF REGISTRATION FEES) ORDER 2014
Opening note
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.