Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Perjanjian Kewangan yang Layak yang Ditetapkan) 2023
“aset” ertinya komoditi atau apa-apa harta lain, sama ada ketara atau tidak ketara, yang diiktiraf oleh Shariah sebagai yang bernilai, boleh dikenal pasti, boleh diserahkan, dan yang sudah sedia wujud dan dimiliki oleh penjual;
“Murabahah bercagar” ertinya transaksi patuh Shariah yang terdiri daripada—
(a)
jual beli aset oleh penjual kepada pembeli atas terma pembayaran tertunda apabila kos perolehan dan keuntungan dizahirkan kepada pembeli sebelum atau semasa transaksi jual beli itu dibuat; dan
(b)
apa-apa perjanjian atau perkiraan yang berfungsi sebagai cagaran kewangan untuk menjamin kewajipan pembayaran yang berbangkit daripada transaksi jual beli aset di bawah perenggan (a);
P.U. (A) 376 3
“peruntukan penghasilan bersih” ertinya peruntukan dalam suatu perjanjian yang memperuntukkan bahawa apabila berlakunya hal yang ditentukan oleh pihak-pihak dalam perjanjian itu, semua obligasi yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain di bawah semua transaksi dikurangkan kepada atau digantikan dengan amaun bersih tunggal mengikut perjanjian itu;
“transaksi patuh Shariah” ertinya suatu transaksi yang mematuhi apa-apa keputusan Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta
Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].