Seksyen 2
Pindaan Jadual 11
of Perintah Perkhidmatan Kewangan Islam (Pindaan Jadual 11) 2021
Jadual 11 kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dipinda—
(a)
dalam perenggan 5—
(i)
dalam ruang pertama, dengan memasukkan selepas perkataan
“perintah garnisan” perkataan “atau perintah hiwalah”; dan
(ii)
dalam ruang kedua, dengan memasukkan selepas perkataan
“perintah garnisan” perkataan “atau perintah hiwalah”;
(b)
dalam perenggan 6, dalam ruang pertama, dengan memasukkan selepas perkataan “Mahkamah Sesyen” perkataan “, Mahkamah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah”;
(c)
dalam perenggan 10, dalam ruang pertama, dengan menggantikan perkataan “atau 132A” dengan perkataan “, 132A atau 132B”; dan
(d)
dalam perenggan 17, dengan menggantikan butir-butir dalam ruang kedua dengan butir-butir yang berikut:
P.U. (A) 52 3
Ruang kedua
Orang kepada siapa dokumen atau maklumat boleh didedahkan
“Mana-mana pegawai—
(a)
suatu institusi kewangan Islam atau persatuannya;
(b)
suatu institusi kewangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 131 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758] atau persatuannya; atau
(c)
suatu institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subsekyen 3(1)
Akta
Institusi
Kewangan
Pembangunan 2001 [Akta 618] atau persatuannya, yang boleh menerima dokumen atau maklumat.”.
Dibuat 8 Februari 2021
[BNM/JUN/1119/55/101; PN(PU2)717/III]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 52 4
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES ACT 2013
ISLAMIC FINANCIAL SERVICES (AMENDMENT OF SCHEDULE 11) ORDER 2021