Malaysia legislation

Section 15

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PENGUBAHAN DAN PENAMBAHAN KEPADA, PERLEMBAGAAN) (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

Seksyen 15

(1)

Seorang Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat

Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah berkhidmat sebagai pegawai sepenuh masa Universiti dan yang

3

mempunyai kuasa dan kewajipan sebagaimana yang ditetapkan oleh statut.

(2)

Jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat

Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh dikenali dengan apa-apa nama lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah dilantik oleh

Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.

(4)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(5)

Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(6)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pustakawan, Pegawai

Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga.

(7)

Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat

Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.’;

4

(b)

dalam butiran 16, dalam subbutiran “- subseksyen (1)”, dengan menggantikan butir-butir yang berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam ruang (2) dengan butir-butir yang berikut:

‘Gantikan dengan yang berikut:

“(1)

Pihak

Berkuasa

Universiti ialah

Lembaga,

Senat,

Jawatankuasa Pengurusan Universiti atau dengan apa-apa jua nama ia disebut, Fakulti, Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat

Penyelidikan, Akademi, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih,

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Aduan Pelajar dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh statut sebagai Pihak

Berkuasa Universiti.”.’;

(c)

dengan memotong butiran 31 dan butir-butir yang berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam ruang (2); dan

(d)

dengan memasukkan selepas butiran 32 dan butir-butir yang berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam ruang (2) butiran dan butir-butir yang berkaitan dengannya yang berikut:

“32A. Seksyen 21A Nomborkan semula sebagai seksyen 35A.”.

Dibuat 9 November 2012

[KPT.U(S)100-1/2/1 Jld 9; PN(PU2)75B/III]

Dengan Titah Perintah,

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Menteri Pengajian Tinggi

5

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES (VARIATION OF, AND ADDITION TO, THE

CONSTITUTION) (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (AMENDMENT) ORDER 2012