Seksyen 4
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
of Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pengambilan Tanah) 2009
Ordinan Pengambilan Tanah [Sabah Bab 69] (kemudian daripada ini disebut “Ordinan yang dimansuhkan”), dalam pemakaiannya bagi Wilayah
Persekutuan Labuan, dimansuhkan.
5224
(2)
Semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan, dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dibatalkan.
(3)
Apa-apa surat cara yang dilaksanakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa dan yang menyentuh apa-apa urusan yang dibenarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.
(4)
Mana-mana prosiding yang belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.