Seksyen 3
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
(2)
Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga kelulusan atau kebenaran itu habis tempoh atau dibatalkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu, yang hanya bagi maksud itu Ordinan yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
(3)
Apa-apa surat cara yang dilaksanakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa dan yang menyentuh apa-apa urusan yang dibenarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.
(4)
Mana-mana prosiding yang belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.