Seksyen 2
of Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Akta Jururawat) 1985
Seksyen 2
Ubahsuaian-ubahsuaian yang dinyatakan dalam Jadual, iaitu ubahsuaian-ubahsuaian yang didapati perlu atau bermanfaat oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menghapuskan kesulitan-kesulitan atau oleh sebab lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984, hendaklah dibuat dalam peruntukan-peruntukan Akta Jururawat 1950.
(2)
Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Jururawat 1950 hendaklah dibaca bersama-sama dengan perubahan perubahan yang bersamaan tentang nama-nama atau titel-titel sebagaimana yang perlu untuk menyelaraskan perundangan subsidiari itu dengan Akta Jururawat 1950 sebagaimana yang diubah-suaikan oleh Perintah ini.