Seksyen 2
of Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Air), 1974
P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2
(1)
Ubahsuaian-ubahsuaian yang dinyatakan dalam Jadual, iaitu ubahsuaian-ubahsuaian yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong adalah perlu atau mustahak bagi maksud menghapuskan kesulitankesulitan atau oleh sebab lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2), 1973, hendaklah dibuat dalam peruntukan-peruntukan Enakmen Air.
(2)
Perundangan kecil yang dibuat di bawah Enakmen Air hendak-lah dibaca dengan perubahan-perubahan yang bersamaan tentang nama-nama atau nama-nama jawatan sebagaimana yang perlu untuk menyelaraskan perundangan kecil itu dengan Enakmen itu sebagaimana diubahsuai sedemikian.