Skip to content

Seksyen 49

of Perlembagaan Universiti Malaya

P.U. (A)In forceProvision 69 of 69

Seksyen 49

(1)

Walau apapun peruntukan seksyen 23 dan 48, Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Canselor, dari semasa ke semasa melantik orang yang luar biasa kecemerlangannya dalam bidang akademik sebagai profesor Universiti:

Dengan syarat bahawa bilangan orang yang dilantik sedemikian tidak boleh pada bila-bila masa melebihi tiga.

(2)

Mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah dikenali sebagai Profesor Diraja dan—

(a)

hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Canselor, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong; dan

(b)

tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pelantikannya dan apa-apa arahan Canselor, hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diberikan atau dipertanggungkan ke atas profesor-profesor oleh

Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.