Skip to content

Seksyen 8

Pembayaran oleh wakil di bawah surat kuasa tanpa notis tentang kematian, dsb., adalah baik

of Akta Surat Kuasa Wakil 1949

ActIn forceProvision 8 of 15
Seksyen 8
(1)

Mana-mana orang yang membuat atau melakukan apa-apa pembayaran atau bertindak dengan suci hati pada menjalankan suatu surat kuasa wakil tidak bertanggungan berkenaan dengan pembayaran atau tindakan itu atas sebab sebelum pembayaran atau tindakan itu pemberi kuasa telah mati atau menjadi kecelaruan mental atau tidak sempurna akal atau bankrap atau telah membatalkan kuasa itu jika fakta kematian, kecelaruan mental, tidak sempurna akal, kebankrapan, atau pembatalan itu tidak diketahui oleh orang yang membuat atau melakukannya pada masa pembayaran atau tindakan itu dibuat.

(2)

Seksyen ini tidak menjejaskan apa-apa hak terhadap penerima wang mana-mana orang yang berkepentingan dalam wang yang dibayar itu dan orang itu hendaklah mempunyai remedi yang sama terhadap penerima wang itu sebagaimana yang dia akan dapat terhadap pembayar jika pembayaran itu telah tidak dibuat olehnya.