Skip to content

Seksyen 43

Seksyen 27N Akta ibu dipinda—

of Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011

Amendment ActIn forceProvision 43 of 54
Seksyen 43

(a)

dalam subseksyen (1), dalam perenggan (a) proviso—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan "berhubung dengannya," perkataan "dari suatu tarikh sebelum tarikh aktiviti itu disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan,";

(ii)

dengan memotong perkataan "dan" di hujung perenggan itu; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) jika suatu permohonan diterima dari 8 September 2007 sehingga 31 Disember 2010 dan Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau telah selainnya melakukan perbelanjaan modal berhubung dengannya, kelulusan itu boleh diberikan dengan kuat kuasa ke belakang dari tarikh permohonan itu diterima tetapi tidak lebih awal daripada 8 September 2007; dan”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (1) dan (2)" dengan perkataan "seksyen ini".