Skip to content

Seksyen 19

Seksyen 26f Akta ibu dipinda—

of Akta Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014

Amendment ActIn forceProvision 19 of 51
Seksyen 19

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Permohonan untuk mendapatkan kelulusan bagi elaun cukai pelaburan bagi syarikat berteknologi tinggi atau syarikat yang menubuhkan atau menaik taraf makmal pengujian peranti perubatan”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “atau mana-mana syarikat yang menyertai dalam suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dalam suatu program rantaian industri”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan

“atau 5(1b)” dan “atau 27b(1)”; dan

(d)

dalam subseksyen (2a), dengan memasukkan selepas perkataan “elaun cukai pelaburan” perkataan “dengan syarat bahawa permohonan itu diterima dari 8 September 2007

sehingga 31 Disember 2012”.