41. Pindaan seksyen 29g
Feedback & supportSeksyen 29g Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “teknologi yang baru dan memuncul atau berkenaan dengan”
perkataan “suatu syarikat yang menubuhkan suatu makmal pengujian peranti perubatan atau menaik taraf suatu makmal pengujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia atau berkenaan dengan”;
dan
dengan memotong perkataan “atau berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan atau suatu keluaran digalakkan dalam suatu program rantaian industri”; dan
dalam proviso kepada subseksyen (2)—
dengan memasukkan selepas perkataan “teknologi yang baru dan memuncul atau berkenaan dengan”
perkataan “suatu syarikat yang menubuhkan suatu makmal pengujian peranti perubatan atau menaik taraf suatu makmal pengujian peranti perubatan yang sedia ada di Malaysia atau berkenaan dengan”;
dan
dengan memotong perkataan “atau berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan atau suatu keluaran digalakkan dalam suatu program rantaian industri”;
dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“seksyen 22” dengan perkataan “seksyen 22a”.