Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Act of Parliament

Rubber Statutory Bodies Act 1985

Feedback & supportChanges to laws on rubber research and development bodies

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun Getah 1985 dan tertakluk kepada seksyen 3, 4 dan 5, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan

Ordinan Kumpulan Wang Getah Malaya (Penyelidikan dan Kemajuan)

1958 [Ord. 71 of 1958]* dan Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966

[Akta 16 tahun 1966]** dipinda sebagaimana yang dinyatakan masing-masing dalam Bahagian A dan B Jadual.

*CATATAN—Ordinan Kumpulan Wang Getah Malaya (Penyelidikan dan Kemajuan) 1958 [Ord. 71 tahun 1958]

telah disemak sebagai Akta Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia 1958 [Akta 401]. Akta 401 telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1966 [Akta 551] m.b.p. 1 Januari 1998.

**CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996 [Akta 551]

m.b.p. 1 Januari 1998.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 321

s 3Permulaan kuat kuasa bagi pindaan tertentu

(1)

Pindaan kepada tajuk panjang, sekysen 1, seksyen 7 dan bahagian seksyen 15 dan 16 (berhubungan dengan penggantian perkataan “the Federation”

dengan perkataan “Malaysia”) Ordinan Kumpulan Wang Getah Malaya

(Penyelidikan dan Kemajuan) 1958 sebagaimana yang dinyatakan dalam

Bahagian A Jadual hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 September 1973.

(2)

Pindaan kepada seksyen 15 Ordinan Kumpulan Wang Getah Malaya

(Penyelidikan dan Kemajuan) 1958 berhubungan dengan pemasukan perenggan (ii) selepas perenggan (i) seksyen itu hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1974.

Sebutan mengenai

Ordinan

Kumpulan

Wang

Getah

Malaya

(Penyelidikan dan Kemajuan) 1958 digantikan dengan sebutan mengenai Ordinan Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Getah

s 4Malaysia 1958

Apabila tersiarnya Akta ini dalam Warta, apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen pada atau selepas 1 September 1973 mengenai Ordinan Kumpulan Wang Getah Malaya (Penyelidikan dan

Kemajuan) 1958 hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Ordinan

Kumpulan Wang Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia 1958.

s 5Pentafsiran seksyen 3 Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya (Perluasan dan Pindaan) 1972

Bagi mengelakkan keraguan adalah ditetapkan bahawa seksyen 3 Akta

Institut Penyelidikan Getah Malaya (Perluasan dan Pindaan) 1972 [Akta A141]

hendaklah ditafsirkan sebagai juga terpakai berkenaan dengan tajuk ringkas

Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya 1966 dan bahawa apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen pada atau selepas 1 September 1973 mengenai Akta Institut Penyelidikan Getah Malaya 1966

dengan tajuk ringkasnya hendaklah digantikan sewajarnya dengan sebutan mengenai Akta Institut Penyelidikan Getah Malaysia 1966.

Badan Berkanun Getah 7

Schedules