Skip to content

Seksyen 126

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn force

Seksyen 126

(1)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa, tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu, buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi—

(a)

mana-mana orang berlesen, berdaftar, diluluskan, diiktiraf atau dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(b)

mana-mana orang yang menjalankan apa-apa fungsi khidmat luar bagi orang yang disebut di dalam perenggan (a); atau

(c)

sesuatu cawangan atau anak syarikat seseorang orang berlesen.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)

dan mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya hendaklah memberi segala bantuan dan mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau perkara, sebagaimana yang dikehendaki oleh

Suruhanjaya, bagi membolehkan Suruhanjaya menjalankan fungsinya.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(a) dan (b), “orang”

tidak termasuk orang yang ditentukan dalam Ruang Ketiga