Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Feedback & supportAmends the Securities Commission Act 1993

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Sekuriti

(Pindaan) 2015.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa—

(a)

peruntukan yang berlainan Akta ini; atau

(b)

semua peruntukan atau peruntukan yang berlainan Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang atau produk pasaran modal yang berlainan, termasuk produk pasaran modal Islam.

s 2Pindaan am

Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Suruhanjaya Sekuriti” di mana-mana jua terdapat perkataan “Malaysia” termasuklah dalam tajuk panjang, tajuk ringkas, Bahagian dan nota bahu Akta ibu.

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta suruhanjaya sekuriti (Pindaan) 2015

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Perubahan dalam sebutan tajuk ringkas Akta ibu

Segala sebutan mengenai Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

s 4Perubahan nama Suruhanjaya

Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah seksyen 3

Akta ibu hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, dikenali sebagai “Suruhanjaya Sekuriti Malaysia”.

s 5Pindaan seksyen 2

Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “berniaga dalam sekuriti” takrif yang berikut:

‘ “Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara

Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara

Malaysia 2009 [Akta 701];’;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “Bank Negara Malaysia”

takrif yang berikut:

‘ “berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(c)

dengan menggantikan takrif “dokumen” dengan takrif yang berikut:

‘ “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];’;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “dokumen” takrif yang berikut:

‘ “entiti berkepentingan awam” ertinya entiti yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 1;’;

(e)

dengan memotong takrif “jawatankuasa”;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:

‘ “jawatankuasa Lembaga”ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah seksyen 18;’;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “Kumpulan Wang”

takrif yang berikut:

‘ “kumpulan wang jadual” ertinya kumpulan wang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 1;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “kumpulan wang jadual” takrif yang berikut:

‘ “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;’;

(i)

dalam takrif “Majlis Penasihat Syariah”, dengan menggantikan perkataan “Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007” dengan perkataan “seksyen 31zi”;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “orang berlesen” takrif yang berikut:

‘ “organisasi pengawalseliaan sendiri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “pasaran derivatif”

takrif yang berikut:

‘ “pasaran diiktiraf” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(l)

dengan memasukkan selepas takrif “pasaran diiktiraf”

takrif yang berikut:

‘ “pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

Undang-Undang Malaysia 6

(m)

dengan menggantikan takrif “pegawai” dengan takrif yang berikut:

‘ “pegawai”, berhubungan dengan—

(a)

Suruhanjaya, ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja di bawah seksyen 20 dan termasuklah Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 125; dan

(b)

suatu perbadanan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(n)

dengan menggantikan takrif “pelaburan yang ditetapkan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(o)

dengan menggantikan takrif “pengarah” dengan takrif yang berikut:

‘ “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’:

(p)

dalam takrif “Pengerusi”, dengan menggantikan perkataan

“perenggan 4(1)(a)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(a)”;

(q)

dengan menggantikan takrif “perbadanan” dengan takrif yang berikut:

‘ “perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(r)

dengan memasukkan selepas takrif “peserta” takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(s)

dengan memasukkan selepas takrif “produk pasaran modal”

takrif yang berikut:

‘ “produk pasaran modal Islam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(t)

dengan menggantikan takrif “pusat penjelasan” dengan takrif yang berikut:

‘ “pusat penjelasan” ertinya pusat penjelasan yang diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(u)

dengan menggantikan takrif “rekod” dengan takrif yang berikut:

‘ “rekod” termasuklah maklumat yang disimpan atau dirakamkan dengan cara menggunakan komputer, elektronik atau perantara digital atau apa-apa cara lain untuk menyimpan atau merakam;’;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “rekod” takrif yang berikut:

‘ “repositori dagangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007’;

(w)

dengan menggantikan takrif “skim pelaburan ditetapkan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “skim pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

(x)

dengan memasukkan selepas takrif “skim pelaburan ditetapkan” takrif yang berikut:

‘ “skim persaraan swasta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;’;

Undang-Undang Malaysia 8

(y)

dengan menggantikan takrif “skim amanah saham” dengan takrif yang berikut:

‘ “skim unit amanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;’;

(z)

dengan menggantikan takrif “syarikat” dengan takrif yang berikut:

‘ “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965;’;

(aa)

dalam takrif “Timbalan Ketua Eksekutif”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 4(1)(aa)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(b)”;

(bb)

dengan menggantikan takrif “undang-undang sekuriti”

dengan takrif yang berikut:

‘ “undang-undang sekuriti” ertinya—

(a)

Akta ini;

(b)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(c)

Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat)

1991 [Akta 453];

(d)

mana-mana perundangan lain yang

Suruhanjaya diberi kuasa untuk mentadbir atau menguatkuasakan; dan

(e)

apa-apa peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah perenggan (a),

(b)

, (c) dan (d);’; dan

(cc)

dengan memasukkan selepas takrif “undang-undang sekuriti” takrif yang berikut:

‘ “urusan atau transaksi pasaran modal Islam”

ertinya—

(a)

urusan menjalankan mana-mana aktiviti terkawal;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

9

(b)

apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa produk pasaran modal, atau di bawah

Bahagian IIIa atau Bahagian VI Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007;

(c)

apa-apa transaksi yang berhubungan dengan derivatif; atau

(d)

penubuhan, pengendalian atau penyenggaraan suatu pasaran sekuriti atau pasaran derivatif, yang selaras dengan prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah;’.

s 6Pindaan sekyen 2a

Seksyen 2a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan ‘dan

“undang-undang sekuriti” ’;

(b)

dengan menggantikan perkataan ‘Apa-apa sebutan dalam

Akta ini mengenai “Akta ini” atau “undang-undang sekuriti” ’ dengan perkataan ‘Apa-apa sebutan dalam

Akta ini mengenai “Akta ini” ’; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini atau suatu undang-undang sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan”

dengan perkataan “perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini”.

s 7Pindaan seksyen 2g

Seksyen 2g Akta ibu dipinda dengan menggantikan subsekyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kuasa diberikan kepada Suruhanjaya—

(a)

untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku yang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti untuk disimpan atau disenggara; atau

Undang-Undang Malaysia 10

(b)

untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, untuk mengemukakan apa-apa maklumat, dokumen atau buku,

Suruhanjaya hendaklah mempunyai akses bagi apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dan boleh—

(A)

menghendaki bahawa apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dikemukakan dalam apa-apa tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan menggunakan apa-apa rakaman visual sama ada imej pegun atau bergerak, atau rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain sekalipun, atas apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam spesifikasinya;

(B)

mendapatkan pembuatan semula yang jelas secara bertulis; atau

(C)

menyalin atau memindahkannya kepada suatu alat penyimpanan atau rakaman.”.

s 8Penggantian seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:

4.

“Lembaga Suruhanjaya

(1)

Hendaklah ada suatu Lembaga Suruhanjaya.

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Ketua Eksekutif; dan

(c)

tujuh orang anggota yang lain, yang boleh termasuk orang yang mewakili kerajaan dan sektor swasta.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

11

(3)

Lembaga hendaklah—

(a)

bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya;

(b)

bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan meluluskan perancangan strategik dan bajet Suruhanjaya;

(c)

bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan menerima pakai sistem dan kawalan yang sesuai untuk menguruskan risiko perusahaan Suruhanjaya;

(d)

mempunyai pengawasan ke atas hal ehwal dan urusan

Suruhanjaya dan sentiasa mengkaji semula prestasi

Suruhanjaya dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan menggunakan sumber kewangan Suruhanjaya; dan

(e)

bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti.

(4)

Seseorang anggota Lembaga hendaklah pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan fungsinya.

(5)

Seseorang anggota Lembaga tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.”.

s 9Seksyen baru 4a dan 4b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Pelantikan anggota Lembaga 4a.  (1)  Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi atau

Timbalan Ketua Eksekutif di bawah seksyen 4 hendaklah

Undang-Undang Malaysia 12

seorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam kewangan atau pasaran modal.

(2)

Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah subseksyen 4(2), hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; dan

(b)

kejujuran dan kedudukan orang itu dan pengetahuan, kemahiran, dan pengalamannya dalam undang-undang, ekonomi, kewangan, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga.

Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif 4b.  (1)  Pengerusi akan diamanahkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian Suruhanjaya dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Semasa ketiadaan Pengerusi atau ketidakupayaan Pengerusi untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), dalam hal apabila Timbalan

Ketua Eksekutif itu tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang anggota kanan pengurusan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga hendaklah menjalankan fungsi

Pengerusi.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh membawa apa-apa perkara berhubung dengan fungsi Suruhanjaya kepada

Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu.”.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

s 10Penggantian seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5 dengan seksyen yang berikut:

5.

“Kehilangan kelayakan anggota Lembaga

(1)

Tiada seorang pun boleh dilantik atau terus kekal menjadi anggota Lembaga jika dia—

(a)

ialah atau menjadi seorang pegawai sepenuh masa di mana-mana syarikat awam tersenarai;

(b)

ialah atau menjadi seorang pegawai atau pengarah suatu entiti yang dilesenkan, didaftarkan, diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang sekuriti;

(c)

ialah atau menjadi seorang anggota Dewan Negara atau

Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;

(d)

telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau keganasan;

(e)

ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; atau

(f)

terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam melaksanakan fungsinya.

(2)

Larangan dalam perenggan (1)(a) tidak terpakai bagi anggota Lembaga daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.”.

s 11Penggantian seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

6.

“Tempoh jawatan

(1)

Pengerusi hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama.

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Timbalan Ketua Eksekutif dan mana-mana anggota lain Lembaga hendaklah dilantik bagi tempoh dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama.”.

s 12Penggantian seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:

7.

“Peletakan jawatan

Seseorang ahli Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri.”.

s 13Penggantian seksyen 8

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

8.

“Pembatalan pelantikan

Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan anggota Lembaga sekiranya anggota itu—

(a)

menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya;

(b)

tidak hadir dalam tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran

Menteri dan dalam hal Timbalan Ketua Eksekutif atau anggota-anggota lain Lembaga, tanpa kebenaran

Pengerusi;

(c)

berkelakuan dalam keadaan yang membawa aib kepada

Suruhanjaya;

(d)

gagal mematuhi obligasinya di bawah seksyen 13; atau

(e)

hilang kelayakan di bawah seksyen 5.”.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

s 14Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Lembaga”.

s 15Pindaan seksyen 10

Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Lembaga”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.”.

s 16Penggantian seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:

11.

“Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian

Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut.”.

s 17Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana anggota jawatankuasa Lembaga yang mempunyai atau memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung

Undang-Undang Malaysia 16

berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa Lembaga hendaklah mendedahkan kepada Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, kewujudan kepentingannya dan jenis kepentingannya itu.”;

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya atau jawatankuasa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga”;

(c)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya atau jawatankuasa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga”; dan

(d)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya atau jawatankuasa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga”.

s 18Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya atau jawatankuasa” dengan perkataan

“Lembaga atau jawatankuasa Lembaga”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa

Lembaga yang suatu minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu adalah layak dengan sewajarnya untuk bertindak.”.

s 19Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“perindustrian sekuriti dan perindustrian derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”;

(c)

dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan

“skim unit amanah” perkataan “dan skim persaraan swasta”;

(d)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“syarikat pemegangan bursa, bursa” dengan perkataan

“syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif”;

(e)

dalam perenggan (g), dengan menggantikan perkataan

“pasaran sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”;

(f)

dalam perenggan (i)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “berniaga dalam sekuriti, berdagang dan berniaga dalam derivatif”

dengan perkataan “ pasaran modal”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “sekuriti atau derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”;

(g)

dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan

“undang-undang yang berhubungan dengan sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “undang-undang sekuriti”;

(h)

dalam perenggan (k), dengan menggantikan perkataan

“pasaran sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”;

(i)

dalam perenggan (l), dengan menggantikan perkataan

“badan-badan pasaran dalam perindustrian sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “institusi pasaran dalam pasaran modal”;

(j)

dalam perenggan (m), dengan menggantikan perkataan

“membenarkan dan mengawasi” dengan perkataan

“membenarkan, meluluskan dan mengawasi”;

(k)

dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan

“dalam perindustrian sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “, orang berdaftar, orang yang telah diluluskan dan peserta dalam pasaran modal;

Undang-Undang Malaysia 18

(l)

dengan menggantikan perenggan (o) dengan perenggan yang berikut:

“(o) mendaftar atau mengiktiraf semua juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini, dan untuk mengawasi mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal”;

(m)

dengan memasukkan selepas perenggan (o) perenggan yang berikut:

“(oa) menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia, dan untuk menggalakkan dan membangunkan suatu kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia;”;

(n)

dalam perenggan (p), dengan menggantikan perkataan

“pasaran sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “pasaran modal”; dan

(o)

dalam perenggan (r), dengan menggantikan perkataan

“pasaran sekuriti dan derivatif;” dengan perkataan

“pasaran modal.”.

s 20Pindaan seksyen 17

Seksyen 17 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pewakilan fungsi Lembaga dan Pengerusi”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada—

(a)

mana-mana anggota Lembaga;

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

19

(b)

mana-mana jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau

(c)

mana-mana pegawai Suruhanjaya.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Pengerusi boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada—

(a)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Pengerusi; atau

(b)

mana-mana pegawai Suruhanjaya.”; dan

(d)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya” dengan perkataan “Lembaga atau

Pengerusi”.

s 21Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa”

dengan perkataan “Jawatankuasa Lembaga”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi membantunya” dengan perkataan “Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, mengikut apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua nama dipanggil, sebagaimana yang didapati patut atau perlu bagi membantu

Lembaga”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada—

(a)

mana-mana anggota Lembaga; dan

(b)

mana-mana orang lain, sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga.”;

Undang-Undang Malaysia 20

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b), Lembaga hendaklah mengambil kira integriti, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota jawatankuasa

Lembaga itu.

(2b)

Fungsi jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh

Lembaga.”; dan

(e)

dengan memotong subseksyen (3), (4), (5), (6) dan (7).

s 22Seksyen baru 18a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18

seksyen yang berikut:

“Tatacara jawatankuasa Lembaga 18a.  (1)  Jawatankuasa Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa Lembaga itu oleh Lembaga.

(2)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat dan dengan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa Lembaga, tertakluk kepada subseksyen (1).

(3)

Jawatankuasa Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa

Lembaga bagi maksud menasihati jawatankuasa Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

21

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.”.

s 23Pindaan seksyen 20

Seksyen 20 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan pengkhidmat-pengkhidmat”; dan

(b)

dalam subsekyen (2), dengan memotong perkataan “dan pengkhidmat-pengkhidmatnya”.

s 24Penggantian seksyen 21

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:

21.

“Suruhanjaya boleh mengeluarkan polisi mengenai tatatertib dan tingkah laku beretika

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan polisi mengenai tatatertib dan tingkah laku beretika, dengan apa jua nama dipanggil atau mengikut apa-apa bentuk, bagi pegawai Suruhanjaya atau mana-mana pemegang saham perniagaan yang berurusan dengan Suruhanjaya.”

s 25Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “dan pengkhidmatnya”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “dan pengkhidmat-pengkhidmatnya”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “dan pengkhidmat”.

Undang-Undang Malaysia 22

s 26Penggantian seksyen 22a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22a dengan seksyen yang berikut:

“Suruhanjaya boleh menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan

22a.  (1)  Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau menyertai mana-mana pertubuhan perbadanan bagi maksud memajukan penyelidikan dan latihan berhubung dengan pasaran modal, atau bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Suruhanjaya boleh—

(a)

menerima sesuatu pemberian atau sumbangan;

(b)

membuat sesuatu pemberian atau sumbangan; atau

(c)

menyediakan apa-apa bentuk bantuan lain, bagi penubuhan atau pengendalian pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1).

(3)

Wang yang diterima di bawah perenggan (2)(a) hendaklah disimpan dalam suatu akaun amanah yang ditentukan.

(4)

Suruhanjaya hendaklah membayar wang di dalam akaun amanah yang ditentukan itu kepada orang yang berhak mengikut maksud yang baginya wang itu diterima oleh Suruhanjaya.

(5)

Jika Suruhanjaya menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengambil apa-apa tindakan atau melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi—

(a)

kepentingan orang awam atau bagi perlindungan pelabur;

(b)

pentadbiran yang berkesan undang-undang sekuriti; atau

(c)

memastikan pematuhan mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu di bawah undang-undang sekuriti.”.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

s 27Pindaan seksyen 23

Subseksyen 23(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Suruhanjaya.”.

s 28Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2a), dengan menggantikan perkataan

“kemudahan elektronik yang didaftarkan” dengan perkataan

“pasaran diiktiraf”; dan

(b)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan

“Bursa-bursa” perkataan “atau pengendali pasaran diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

s 29Pindaan seksyen 26

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“pengkhidmat-pengkhidmat” dengan perkataan “ejen”;

dan

(b)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) secara amnya, membuat apa-apa pembayaran atau pemberian bagi melaksanakan peruntukan undang-undang sekuriti.”.

s 30Pindaan seksyen 29

Subseksyen 29(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mungkin” dengan perkataan “dapat dilaksanakan”.

Undang-Undang Malaysia 24

s 31Pindaan seksyen 30

Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri, meminjam,” dengan perkataan “Menteri boleh, atas syor

Lembaga, meluluskan Suruhanjaya untuk meminjam,”.

s 32Pindaan seksyen 31a

Seksyen 31a Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong takrif “entiti berkepentingan awam”;

(b)

dalam takrif “juruaudit”, dengan memasukkan selepas perkataan “entiti berkepentingan awam” perkataan “atau kumpulan wang jadual”;

(c)

dalam takrif “juruaudit berdaftar”, dengan memasukkan selepas perkataan “entiti berkepentingan awam” perkataan

“atau kumpulan wang jadual”;

(d)

dalam takrif “juruaudit yang diiktiraf”, dengan memasukkan selepas perkataan “entiti berkepentingan awam” perkataan

“atau kumpulan wang jadual”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Penyiasat”

takrif yang berikut:

‘ “pengerusi eksekutif” merujuk kepada pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit yang dilantik di bawah seksyen 31c;’.