Skip to content

Seksyen 21

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn force
Seksyen 21

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa”

dengan perkataan “Jawatankuasa Lembaga”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi membantunya” dengan perkataan “Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, mengikut apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua nama dipanggil, sebagaimana yang didapati patut atau perlu bagi membantu

Lembaga”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada—

(a)

mana-mana anggota Lembaga; dan

(b)

mana-mana orang lain, sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga.”;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1489

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b), Lembaga hendaklah mengambil kira integriti, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota jawatankuasa

Lembaga itu.

(2b)

Fungsi jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh

Lembaga.”; dan

(e)

dengan memotong subseksyen (3), (4), (5), (6) dan (7).

Seksyen baru 18a