Seksyen 22
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015
seksyen yang berikut:
“Tatacara jawatankuasa Lembaga 18a. (1) Jawatankuasa Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa Lembaga itu oleh Lembaga.
(2)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana tempat dan dengan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa Lembaga, tertakluk kepada subseksyen (1).
(3)
Jawatankuasa Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa
Lembaga bagi maksud menasihati jawatankuasa Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
(4)
Anggota sesuatu jawatankuasa Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.”.
Pindaan seksyen 20