Skip to content

Seksyen 41

Seksyen 31o Akta ibu dipinda—

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn force
Seksyen 41

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pengiktirafan sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam” dengan perkataan “pendaftaran atau pengiktirafan sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual”;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1489

(b)

dalam perenggan (1)(a), dengan memotong perkataan

“atau pembaharuan pendaftaran”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3), (4) dan (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Lembaga Pemantauan Audit boleh semasa—

(a)

pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau

(b)

pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diktiraf, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat dan dari semasa ke semasa meminda mana-mana syarat sedemikian atau mengenakan syarat baharu atau syarat tambahan

(4)

Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit yang berkenaan tentang pindaan mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3), dan syarat-syarat itu yang dipinda sedemikian atau syarat baharu atau syarat tambahan itu hendaklah berkuat kuasa pada masa notis itu disampaikan atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(5)

Tertakluk kepada seksyen 31p, Lembaga

Pemantauan Audit boleh—

(a)

meluluskan atau menolak pendaftaran seseorang pemohon yang didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar; atau

(b)

meluluskan atau menolak pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf.”.

Pindaan seksyen 31p