Skip to content

Seksyen 50

Subseksyen 31zd Akta ibu dipinda—

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn force
Seksyen 50

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Kerjasama, penyelarasan dan perkongsian maklumat”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Dalam menentukan sama ada ia perlu untuk menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(b),

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—

(a)

sama ada pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan itu akan membayar kepada Suruhanjaya apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung bagi memperuntukkan bantuan itu; dan

(b)

sama ada pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan itu akan dapat dan bersedia untuk memberi bantuan bersaling sebagai balasan kepada suatu permintaan bagi bantuan yang sama daripada Suruhanjaya.”;

(c)

dengan menggantikan perenggan (2)(b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) kecukupan dan kesesuaian keterangan audit diperoleh berhubung dengan laporan audit yang disediakan

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

33

oleh juruaudit yang berhubungan dengan penyata kewangan teraudit itu.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Lembaga Pemantauan Audit boleh mendedahkan dan berkongsi apa-apa penemuan di bawah Penggal 6

Bahagian ini dengan mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sekiranya Lembaga

Pemantauan Audit berpendapat bahawa perkongsian penemuan itu adalah menurut fungsi Lembaga

Pemantauan Audit di bawah seksyen 31b.”.

Bahagian baru IIIb dan IIIc