Skip to content

Seksyen 51

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IIIa,

of Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2015

Amendment ActIn force
Seksyen 51

Bahagian yang berikut:

“Bahagian IIIb

PENGURUSAN RISIKO SISTEMIK DALAM PASARAN MODAL

Tafsiran 31ze.  Bagi maksud Bahagian ini—

“peserta pasaran” termasuklah pelabur, penerbit, perantara, penyedia perkhidmatan pasaran modal, syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, depositori pusat dan kemudahan penjelasan;

“risiko sistemik dalam pasaran modal” ertinya suatu keadaan apabila satu atau lebih keadaan yang berikut berlaku atau berkemungkinan akan berlaku:

(a)

kesulitan kewangan dalam seseorang peserta pasaran yang signifikan atau dalam beberapa peserta pasaran;

(b)

terjejasnya keteraturan dalam penjalanan pasaran modal; atau

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1489

(c)

terhakisnya keyakinan awam terhadap integriti pasaran modal.

Maklumat bagi maksud risiko sistemik 31zf.  (1)  Suruhanjaya boleh, walau apa pun apa-apa peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dengan notis secara bertulis meminta mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

yang didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal; atau

(b)

jika Suruhanjaya menerima suatu permintaan daripada Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 30

Akta Bank Negara Malaysia 2009.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pemantauan

Bank Negara Malaysia, notis itu hendaklah dikeluarkan melalui Bank Negara Malaysia.

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memberikan maklumat atau dokumen itu walau apa pun obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan bagi risiko sistemik 31zg.  (1)  Jika didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang untuk mengambil apa-apa langkah yang didapati perlu oleh

Suruhanjaya.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira kepentingan kestabilan kewangan.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pemantauan

Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya hendaklah membuat suatu syor kepada Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan arahan itu.

(4)

Sebelum mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) tanpa terlebih dahulu memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar jika apa-apa kelengahan dalam mengeluarkan arahan itu akan memburukkan lagi risiko sistemik dalam pasaran modal.

(6)

Jika suatu arahan dikeluarkan menurut subseksyen (5), orang itu hendaklah diberikan suatu peluang untuk didengar selepas arahan itu dikeluarkan.

(7)

Apabila seseorang diberikan suatu peluang untuk didengar di bawah subseksyen (6), suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dipinda atau diubah suai.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain 31zh.  (1)  Walau apa pun peruntukan dalam undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh bagi maksud mengawasi,

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1489

mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menyumbang terhadap kestabilan kewangan—

(a)

memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan;

(b)

mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan jika didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maklumat atau dokumen itu didapatkan atau dikongsikan dalam menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau

(c)

membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan yang lain dan menyelaraskan langkah kestabilan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu.

(2)

Jika Suruhanjaya berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)—

(a)

dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan di Malaysia, apa-apa maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya; atau

(b)

dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar

Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa penyeliaan”

ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan, agensi atau entiti—

(a)

yang bertanggungjawab bagi mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

(b)

yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pemantauan perantara atau peserta pasaran modal.

Penggal IIIc

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

Penubuhan Majlis Penasihat Syariah bagi pasaran modal

Islam 31zi.  (1)  Suruhanjaya boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat

Syariah bagi pasaran modal Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan pemakaian prinsip Syariah bagi maksud urusan atau transaksi pasaran modal Islam.

(2)

Majlis Penasihat Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Fungsi Majlis Penasihat Syariah 31zj.  Majlis Penasihat Syariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentukan pemakaian prinsip Syariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam;

(b)

untuk mengeluarkan keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam;

(c)

untuk menasihati Suruhanjaya mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam;

(d)

untuk memberikan nasihat kepada mana-mana orang mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam;

dan

(e)

apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1489

Pelantikan anggota Majlis Penasihat Syariah 31zk.  (1)  Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya, melantik sebagai anggota Majlis Penasihat Syariah orang yang mempunyai kelayakan dalam—

(a)

fiqh muamalah;

(b)

jurisprudens Islam;

(c)

kewangan Islam; atau

(d)

apa-apa disiplin lain yang berkaitan.

(2)

Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim

Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri atau Wilayah

Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—

(a)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi,

Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Suruhanjaya dengan

Ketua Hakim Negara; dan

(b)

dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Suruhanjaya dengan Ketua

Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Seseorang anggota majlis Penasihat Syariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Anggota Majlis Penasihat Syariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)

39

Urus setia Majlis Penasihat Syariah 31zl.  Suruhanjaya boleh—

(a)

menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain yang didapati perlu oleh Suruhanjaya untuk membantu Majlis Penasihat Syariah dalam menjalankan fungsinya; dan

(b)

melantik seorang pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau mana-mana jawatankuasa itu.

Nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Syariah 31zm.  Mana-mana orang berlesen, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan, depositori pusat, perbadanan tersenarai atau mana-mana orang lain boleh –

(a)

mendapatkan nasihat; atau

(b)

membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan,

Majlis Penasihat Syariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal

Islam bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa–apa unsur yang tidak selaras dengan Syariah.

Rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara 31zn.  (1)  Jika dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara mengenai suatu perkara

Syariah berhubung dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—

(a)

mengambil kira apa-apa keputusan Majlis Penasihat

Syariah; atau

(b)

merujuk perkara itu kepada Majlis Penasihat Syariah untuk keputusannya.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1489

(2)

Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan

Majlis Penasihat Syariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia.

Kesan keputusan Syariah 31zo.  Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat

Syariah di bawah seksyen 31zm atau 31zn hendaklah mengikat—

(a)

orang berlesen, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan, depositori pusat, perbadanan tersenarai atau mana-mana orang lain yang disebut dalam seksyen 31zm; dan

(b)

mahkamah atau penimbang tara yang disebut dalam seksyen 31zn.

Keputusan Majlis Penasihat Syariah terpakai 31zp.  (1)  Jika keputusan yang diberikan oleh seorang penasihat

Syariah berdaftar kepada seseorang yang terlibat dalam apa-apa urusan atau transaksi pasaran modal Islam berbeza dengan keputusan yang diberikan oleh Majlis Penasihat Syariah, keputusan Majlis Penasihat Syariah hendaklah terpakai.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “penasihat Syariah berdaftar”

ertinya seseorang yang berdaftar di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.”.