Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian V · Kesalahan-Kesalahan
48. Section 48
Feedback & supportSeseorang yang—
memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah mana-mana rekod atau akaun yang dikehendaki disimpan atau disenggarakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; atau
menghantar atau cuba menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk menghantar keluar daripada Malaysia mana-mana rekod atau akaun sedemikian, dengan niat untuk memfraud mana-mana orang, atau untuk menahan, melengahkan atau menghalang pelaksanaan sesuatu pemeriksaan, penyiasatan atau pengauditan, atau penjalanan sesuatu kuasa di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.