Skip to content

Seksyen 56

of Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991

ActIn forceProvision 57 of 71

Seksyen 56

(1)

Pendaftar boleh menghendaki sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasanya untuk mendedahkan kepadanya, berhubungan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan sekuriti-sekuriti telahdeposit, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti-sekuriti itu telah diperolehi, atau yang kepadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti-sekuriti itu telah dilupuskan, nombor-nombor akaun sekuriti mereka dan catatan-catatan yang dibuat dalam akaun-akaun sekuriti tersebut dan jenis arahan-arahan yang diberikan kepada depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.

(2)

Pendaftar boleh menghendaki seseorang pendeposit untuk mendedahkan kepadanya sama ada dia telah memperolehi atau melupuskan sekuriti-sekuriti telah-deposit tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah untuk, atau bagi pihak, seseorang lain dan, jika dia telah memperolehi atau melupuskan sekuriti-sekuriti tersebut sebagai pemegang amanah untuk, atau bagi pihak, seseorang lain, untuk mendedahkan nama orang lain itu dan jenis apa-apa arahan yang diberikan kepada pendeposit itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu.

(3)

Seseorang yang, tanpa alasan munasabah, gagal mematuhi kehendak Pendaftar-di bawah subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima-puluh-ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.