Seksyen 9
Penerimaan resit tiket
of Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah Big Sweep 2011
(1)
Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pemilihan yang dicetak pada resit tiket adalah sama dengan nombor ramalan yang dipilih.
(2)
Pemegang lesen dianggap tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbezaan bagi maksud subperenggan (1) dan boleh bergantung sepenuhnya dengan maklumat yang dicetak pada resit tiket atau direkodkan dalam sistem dalam talian.
(3)
Dalam keadaan butir-butir yang dicetak pada resit tiket berbeza dengan rekod pemegang lesen, butir-butir yang direkodkan pada pita magnetik atau cakera atau apa-apa kaedah penyimpanan lain oleh pemegang lesen hendaklah diakui dan dianggap sebagai butir-butir yang benar bagi pembayaran hadiah dan tujuan lain.