Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 · Updated to 22 Oct 2021 · Bahagian IV · Surcaj
20. Mendapatkan surcaj
Feedback & supportAmaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 16 dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 18 adalah suatu hutang yang kena dibayar kepada badan berkanun itu daripada orang yang disurcaj dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah oleh badan berkanun itu dan boleh juga, jika Lembaga mengarahkan sedemikian, didapatkan melalui potongan—
daripada gaji orang yang disurcaj itu; atau
daripada pencen orang yang disurcaj itu,
Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 15
melalui ansuran bulanan yang sama banyak, setiap ansuran tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.