Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 · Updated to 22 Oct 2021 · Bahagian V · Kuasa Perdana Menteri dan Menteri
25. Kuasa untuk mengecualikan atau mengubah
Feedback & support(1)
Menteri boleh, dengan persetujuan Perdana Menteri, mengecualikan mana-mana badan berkanun yang baginya dia bertanggungjawab daripada mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan atau Jadual Ketiga atau mengubah mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan atau Jadual
Ketiga dalam pemakaiannya bagi badan berkanun itu.
(2)
Kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1) hanya boleh dijalankan bagi maksud menyesuaikan Peraturan-Peraturan atau
Jadual Ketiga dengan struktur organisasi atau pengurusan badan berkanun itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang pemerbadanannya.