Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 · Updated to 22 Oct 2021 · Bahagian II
6. Pihak berkuasa tatatertib
Feedback & support(1)
Pihak-pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan pelbagai kategori pegawai ialah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan mengikut Bahagian I Jadual Ketiga dan peruntukan Bahagian itu hendaklah terpakai bagi, dan dipatuhi oleh, tiap-tiap Jawatankuasa
Tatatertib yang ditubuhkan sedemikian.
(2)
Dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, Jawatankuasa
Tatatertib hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan dan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan.
Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 9