Skip to content
In forceUpdated to 17 Nov 2016Read it in English

Act of Parliament

Statutory Declarations Act 1960

Feedback & supportMaking and taking statutory declarations

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.

s 2Borang akuan

Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya

Sumpah, atau, tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 [Akta 115], mana-mana notari awam yang dilantik di bawah

Akta Notari Awam 1959, boleh mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mengikut borang dalam Jadual.

s 3Akuan palsu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan

Akuan yang dibuat menurut kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai akuan yang disebut dalam seksyen 199 dan 200 Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Undang-Undang Malaysia 6

s 4Fi

Seseorang yang membuat apa-apa akuan menurut kuasa Akta ini hendaklah membayar kepada pegawai atau Pesuruhjaya yang mengambil akuan itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Sebutan dalam undang-undang persekutuan Sabah dan Sarawak mengenai undang-undang yang dimansuhkan

s 5Section 5

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sabah mengenai Ordinan Akuan Berkanun

Sabah [Bab 138] dan apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang persekutuan yang berkuat kuasa di Sarawak mengenai

Ordinan Akuan Berkanun Sarawak [Bab 52] atau mengenai Akta

Akuan Berkanun 1835 [5 dan 6 Wm. IV, C. 62], United Kingdom, hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Akta ini.

Schedules