Seksyen 123
Pemeriksaan terbuka
of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 123 of 133
Seksyen 123
(1)
Hakim boleh memerintahkan supaya seseorang saksi diperiksa di dalam Mahkamah terbuka walaupun saksi itu telah tertakluk kepada pemeriksaan rahsia dan didapati ‘adil oleh pemeriksa rahsia itu.
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 561
(2)
Suatu pemeriksaan terbuka akan seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu di dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihak-pihak kepada prosiding itu.