Skip to content

Seksyen 29

of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 29 of 133

Seksyen 29

(1)

Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat oleh Mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet atau hal-ehwal suami isteri, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa sifat di sisi undang-undang itu atau kewujudan hak mana-mana orang sedemikian terhadap apa-apa benda sedemikian ialah qarinah.

(2)

Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—

(a)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya kepada mana-mana orang terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa;

(b)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu;

(c)

bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan

(d)

bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang itu.

Keterangan Mahkamah Syariah 37

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)