Skip to content

Seksyen 45

Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan

of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

ActIn forceProvision 45 of 133
Seksyen 45
(1)

Tertakluk kepada subseksyen 17(2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2)

Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain dengan iqrar sedemikian.

KETERANGAN LISAN