Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2014
Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
s 2Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang
6 Undang-Undang Malaysia
AKTA 687
kuasa berkenaan dengan kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut.
s 3Pengesahan
Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, yang berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan dan
Perluasan)
1989
[Akta
A730]
yang berhubungan dengan
Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana
Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada
Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A612
Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
1984
01-01-1984
Akta A730
Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan dan
Perluasan) 1989
05-05-1989
Akta A996
Akta Tafsiran (Pindaan) 1997
24-07-1997
8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
1
Akta A730 05-05-1989
2
Akta A627 01-01-1986
3
Akta A730 05-05-1989
Akta A996 24-07-1997