Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Kesalahan Pelbagai
39. Memujuk lari orang perempuan
Feedback & supportMana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk mana-mana orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan
Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.