Skip to content
In forceUpdated to 22 Jun 2012Read it in English

Act of Parliament

Akta Laut Wilayah 2012

Feedback & supportThe territorial sea of Malaysia

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Laut Wilayah 2012.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“carta” ertinya suatu carta nautika yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pandu arah marin, yang menunjukkan kedalaman air, keadaan dasar laut, tatarajah ketinggian dan ciri-ciri pantai, bahaya dan bantuan pelayaran, dalam suatu format yang standard dan carta itu juga disebut sebagai carta marin atau carta hidrografi;

“garis pangkal” ertinya garis pangkal sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 [Akta 660].

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, lebar laut wilayah

Malaysia hendaklah 12 batu nautika bagi segala maksud.

7

Laut Wilayah

(2)

Garis pangkal yang dari lebar laut wilayah itu yang hendak diukur hendaklah bagi segala maksud merupakan garis pangkal yang ditetapkan mengikut seksyen 5 Akta Garis Pangkal Zon

Maritim 2006.

(3)

Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta

Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95], Kanun Tanah Negara

[Akta 56/65] dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Sabah dan

Sarawak, apa-apa sebutan mengenai laut wilayah dalamnya hendaklah berhubung dengan mana-mana wilayah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai bahagian laut itu yang berdampingan dengan pantai wilayah itu tidak melebihi 3 batu nautika diukur dari garis air surut.

s 4Kedaulatan berkenaan dengan laut wilayah

Kedaulatan berkenaan dengan laut wilayah, dan berkenaan dengan dasarnya dan tanih bawahnya, terletak hak pada dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai hak Malaysia.

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Perdana

Menteri—

(a)

menyebabkan supaya disediakan dan dikeluarkan apa-apa peta sebagaimana yang difikirkannya patut, yang berhubungan dengan had laut wilayah; atau

(b)

menyebabkan supaya disediakan dan dikeluarkan apa-apa carta berskala besar atau carta berskala yang bersesuaian bagi penentuan kedudukan, sebagaimana yang difikirkannya patut, yang menunjukkan garis air surut sepanjang pantai dan boleh menyebabkan supaya ditunjukkan pada carta itu apa-apa perkara lain yang disebut dalam perenggan (a).

(2)

Mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) hendaklah disiarkan dalam

Warta dan, jika perlu, dalam apa-apa bentuk lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana

Menteri.

8

Undang-Undang Malaysia

s 6Sebutan mengenai perairan wilayah dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dsb

Apa-apa sebutan yang dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, perkiraan atau surat cara yang lain mengenai

“perairan wilayah” hendaklah setakat yang sebutan itu menyentuh undang-undang persekutuan bererti “laut wilayah” dan hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada peruntukan Akta ini.

s 7Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Perdana Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi menguatkuasakan peruntukan

Akta ini sepenuhnya.