Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Akta Amanah (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1949
Feedback & supportState power to make laws setting up trustsOfficial textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah (Kompetensi
Badan Perundangan Negeri) 1949.
Akta ini hendaklah terpakai hanya di Semenanjung Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“sedia ada” ertinya sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 & 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan.
Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan bagi penubuhan amanah
s 3Section 3
Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meluluskan undang-undang yang mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi
CATATAN —Semuasebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 196
penubuhan apa-apa amanah tertentu dan pelantikan pemegang-pemegang amanah berkenaan dengannya, dan bagi apa-apa hal lain yang bersampingan atau berbangkit berhubung dengannya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu, dan dari semasa ke semasa untuk meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang itu.
Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah, menambah atau meminda Jadual.
s 4Meminda undang-undang yang sedia ada
Jika mana-mana Enakmen Negeri yang sedia ada mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara atau hal yang dinyatakan dalam Jadual, bagi penubuhan apa-apa amanah tertentu, maka Badan Perundangan Negeri berwibawa untuk meminda atau memansuhkan Enakmen itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
s 5Pengiktirafan amanah di seluruh Semenanjung Malaysia
Apa-apa amanah yang ditubuhkan dengan sempurna oleh atau di bawah suatu undang-undang Negeri, sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, selagi undang-undang Negeri itu masih berkuat kuasa, diiktiraf dengan sewajarnya sebagai demikian di seluruh Semenanjung Malaysia.
s 6Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak dan kuasa Parlimen untuk meluluskan apa-apa undang-undang yang difikirkannya patut berhubung dengan amanah dan pemegang amanah.
Amanah (Kompetensi Badan Perundangan Negeri)