Akta Kumpulan Wang Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966 · 1989 Revised Edition · Bahagian V
20. Section 20
Feedback & supportJika pada bila-bila masa wang atau aset-aset lain Kumpulan Wang adalah, pada pendapat Lembaga, tidak cukup untuk membayar perbelanjaan perbelanjaan Kumpulan Wang dan bayaran-bayaran lain, Pengerusi Lembaga hendaklah dengan sertamerta membuat laporan mengenai hakikat itu kepada Menteri.
Jika apabila menerima laporan itu Menteri berpendapat bahawa suatu rayuan untuk mendapatkan pemberian, derma, endowmen atau hadiah patut dibuat, maka dia hendaklah dengan serta-merta mengarahkan Lembaga membuat rayuan-rayuan itu dan Lembaga hendaklah oleh yang demikian mematuhi arahan itu.
Jika selepas tamat tempoh enam bulan kalendar dari tarikh sesuatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (2), Lembaga tiada menerima apa-apa pemberian, derma atau endowmen yang cukup, Menteri hendaklah mengarahkan supaya Kumpulan Wang dilikuidasikan; dan prosiding pelikuidasian hendaklah dimulakan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.