Skip to content
In force1989 Revised EditionRead it in English
Contents

Bahagian III · Lembaga

5. Section 5

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut, iaitu—

(a)

Pengerusi, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

(b)

seorang wakil Kementerian Pendidikan;

(c)

seorang wakil Perbendaharaan; dan

(d)

enam orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Pengerusi dan anggota-anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) (d) hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(3)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.

(4)

Lembaga hendaklah bermesyuarat di manamana tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Pengerusi dan di sesuatu mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

(5)

Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(6)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menetapkan prosedurnya sendiri.

Report

Bahagian IV

Tujuan-Tujuan Kumpulan Wang

Bahagian V