Seksyen 4
Undang-undang kecil 3 Undang-Undang Kecil ibu dipinda —
of Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) (Pemaliman) (Pindaan) 2019
P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4
(a)
dengan menggantikan takrif “Lembaga” dengan takrif yang berikut:
‘ “Lembaga” ertinya Lembaga Pelabuhan Johor dan termasuk pekerja dan ejennya;’; dan
(b)
dengan menggantikan takrif “pelabuhan” dengan takrif yang berikut:
‘ “Pelabuhan” ertinya Pelabuhan Tanjung Pelepas di dalam had kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 6 Ordinan Perkapalan
Saudagar 1952 [Ord. 70/52];’.