Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kecil ibu” dalam Undang-Undang Kecil ini, dipinda dalam undang-undang kecil 2 —
dengan undang-undang kecil yang berikut:
“Pelesenan anjing 3.
(1)
Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan menurut Undang-Undang Kecil ini.
P.U. (A) 333 4
(2)
Suatu permohonan bagi suatu lesen —
(a)
hendaklah dibuat kepada Datuk Bandar mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar;
(b)
hendaklah disertakan dengan fi sebanyak sepuluh ringgit;
dan
(c)
dalam hal anjing terkawal, hendaklah dibuat selepas —
(i)
pemohon telah mengikuti dan lulus kursus pengendalian anjing; dan
(ii)
anjing itu telah mengikuti dan lulus kursus “Canine
Good Citizen”, yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang diluluskan oleh Datuk Bandar.
(3)
Datuk Bandar boleh, selepas menimbangkan permohonan itu, meluluskan atau menolak permohonan itu.
(4)
Jika suatu permohonan untuk lesen diluluskan, pemohon hendaklah menyebabkan anjingnya diimplankan dengan mikrocip di bawah undang-undang kecil 3A.
(5)
Suatu lesen hanya boleh diberikan apabila pemohon—
(a)
mengemukakan Sijil Mikrocip;
P.U. (A) 333 5
(b)
membayar fi tahunan sebagaimana yang dinyatakan dalam