Seksyen 36
Penggeledahan
Jika mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk percaya bahawa –
(a)
suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; atau
(b)
apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh ditemui di premis tersebut, dia boleh melalui waran, membenarkan Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor yang dinamakan dalam waran itu, dengan atau tanpa apa-apa bantuan yang diperlukan untuk masuk dan menggeledah tempat itu.
(2)
Walau apapun perenggan (1), jika Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor, ada alasan yang munasabah untuk percaya bahawa –
(a)
suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; dan
(b)
oleh sebab apa-apa kelengahan untuk mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, maka Pihak
Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau
1178
[5hb Dis. 2013
pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh dengan atau tanpa apa-apa bantuan memasuki tempat itu dan menggeledah tempat itu dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya mempunyai kaitan dalam pengurusan mana-mana premis tersebut.