Skip to content

Seksyen 9

Pindahmilik lesen

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 9 of 49
Seksyen 9
(1)

Suatu lesen yang diberikan di bawah Undang-Undang Kecil ini tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain melainkan dia mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Melesen terlebih dahulu.

(2)

Apa-apa permohonan pindahmilik lesen hendaklah dikenakan fi pemprosesan semasa permohonan dikemukakan sebagaimana yang ditetapkan dalam

Jadual Pertama.

(3)

Fi pindahmilik lesen yang kena dibayar hendaklah sebanyak dua puluh peratus daripada bayaran fee lesen sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua atau lima puluh ringgit, yang mana lebih tinggi.