Seksyen 14
Kesan penggantungan, pembatalan atau tamat tempoh lesen
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Besut) 2013
Jika penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah undang-undang kecil 12 telah mula berkuat kuasa atau jika lesen itu telah habis tempoh mengikut undang-undang kecil 5, pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta berhenti menjalankan atau menguruskan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustrian.
(2)
Walau apa pun perenggan (1), pemegang lesen yang lesennya telah habis tempoh boleh menjalankan atau menguruskan apa-apa aktiviti tred, perniagaan atau perindustriannya apabila dibuktikan kepada Pihak Berkuasa Melesen bahawa pemegang lesen itu telah memohon pembaharuan lesen di bawah undang-undang kecil 6.
(3)
Mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan suatu premis berlesen semasa tempoh penggantungan atau selepas pembatalan lesen adalah melakukan suatu kesalahan.