Seksyen 35
of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Besut) 2013
Seksyen 35
Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh pada setiap masa yang munasabah, tanpa waran dengan tujuan untuk menentukan sama ada syarat atau sekatan sesuatu lesen atau peruntukan Undang-Undang Kecil ini dipatuhi–
(a)
memasuki mana-mana premis atau premis berlesen; dan
(b)
menjalankan apa-apa pemeriksaan di premis tersebut.
(2)
Jika Pihak Berkuasa Melesen, pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor ada sebab untuk mempercayai adanya berlaku suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini di mana-mana premis atau premis berlesen, maka orang yang tinggal di dalam atau menjaga tempat itu hendaklah membenarkan Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor itu masuk dengan bebas ke dalamnya iaitu apabila diminta oleh mana-mana orang yang tersebut itu, dan memberikan segala kemudahan yang munasabah untuk menjalankan penggeledahan di dalamnya.
(3)
Jika tidak dapat masuk ke dalam mana-mana premis berlesen mengikut perenggan (2) di atas, maka adalah sah bagi Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor itu, setelah memperkenalkan dirinya dan tujuan kemasukan itu kepada pemegang lesen atau pekerjanya, untuk memasuki ke dalam premis berlesen itu tanpa waran dan menggeledah tempat itu dan bolehlah memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap supaya dapat masuk ke dalamnya.
(4)
Apabila mana-mana premis atau premis berlesen yang hendak digeledah atau diperiksa di bawah Undang-Undang Kecil ini tertutup, maka pemegang lesen, pekerjanya atau orang yang menjaga premis berlesen itu, jika ada, hendaklah atas permintaan Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor membuka atau menyebabkan premis tersebut dibuka, dan hendaklah membenarkan mana-mana pegawai tersebut masuk apabila diminta olehnya dan hendaklah memberi segala kemudahan yang munasabah bagi menjalankan penggeledahan di dalamnya dan jika premis tersebut tidak dapat dimasuki, maka pegawai tersebut boleh mengambil tindakan mengikut cara yang diperuntukan oleh perenggan (3) jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah dilakukan di tempat itu.
19hb Dis. 2013]
2025
(5)
Bagi maksud pemeriksaan di bawah perenggan (1), Pihak Berkuasa
Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor boleh –
(a)
memeriksa premis atau premis berlesen itu;
(b)
menghendaki mana-mana orang mengemukakan barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda lain atau memberikan apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor; dan
(c)
mendapatkan capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan di dalam mana-mana komputer atau mendapat capaian kepada, memeriksa atau menyemak pengendalian, mana-mana komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah
Undang-Undang Kecil ini.
(6)
Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menjalankan penggeledahan di bawah Undang-Undang Kecil ini hendaklah diberi akses kepada data komputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(7)
Dalam Undang-undang Kecil ini, “akses“ termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data komputer difahami.